Ahlan Wasahlan السلام عليكم

ASSALAMUALAIKUM ... SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG SURAU AL-IKHLAS SMK SULTAN OMAR ... SILA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI ... TERIMA KASIH ...

SALAM AIDILFITRI - BERSALAM-SALAMAN - POHON KEMAAFAN

banner

Khamis, 11 Oktober 2012

KULIAH FIQAH GURU PEREMPUAN

SELAIN Solat Hajat dan Bacaan Yasin yang dilakukan oleh pelajar Tingkatan 6 Atas pada pukul 7.40 hingga 9.00 pagi ini, guru perempuan juga turut memeriahkan Pusat Islam DESSO pada sebelah tengah hari.


Kalangan guru perempuan yang mempunyai kesempatan telah mengikuti Kuliah Fiqah Wanita yang diadakan pada pukul 1.30 tengah hari hingga 2.30 petang tadi. Kuliah disampaikan oleh Imam Besar Pusat Islam DESSO, Tuan Haji Ghazali bin Abdullah.

Kuliah berkenaan dianjurkan pada hari Khamis dua minggu sekali oleh Unit MAKDIS DESSO.