Surau sekolah merupakan syiar Islam di sekolah. Pembinaannya bukan sekadar sebagai tempat untuk melaksanakan ibadat solat semata-mata sama ada secara individu atau berjamaah tetapi ia berfungsi sebagai pusat kegiatan Pendidikan Islam di sekolah. Selain menjadi tempat untuk melaksanakan ibadat wajib dan sunat, surau juga berfungsi sebagai pusat ilmu bagi memantapkan lagi pengetahuan dan pemahaman yang benar mengenai agama Islam.
Pengurusan surau yang sistematik dan berkualiti dengan pelbagai program yang telah diatur dan dilaksanakan akan dapat melahirkan golongan pelajar yang memahami dan menghayati Islam secara syumul dalam kehidupan seharian. Sehubungan dengan itu, Surau al-Ikhlas telah mengorak langkah sebagai satu pasukan dengan menyusun pelbagai program yang sesuai dengan visi, misi dan matlamat bagi memastikan lahirnya pelajar cemerlang dunia dan akhirat. Program-program seperti membudayakan Al-Quran, solat berjemaah, ceramah, tazkirah, kursus ibadah dan pelbagai lagi aktiviti keagamaan kebanyakannya dilaksanakan bagi memakmurkan serta menghidupkan suasana di Surau al-Ikhlas.
SEJARAH:
SURAU Al-Ikhlas asalnya sebuah surau yang dipercayai didirikan pada awal era 80-an, ketika SM Sultan Omar sudah bertukar daripada aliran Inggeris kepada aliran Melayu. Persekolahan dua sesi menyumbang kepada penggunaan surau yang maksimum. Hal ini mendorong pihak pengurusan sekolah melaksanakan penambaikan dari segi ruang solat dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sungguhpun begitu, surau ini tidak dikenali dengan apa-apa nama.
Pada tahun 2004, semasa pentadbiran Encik Abdul Malik bin Musa Dali sebagai pengetua, surau ini dikenali dengan nama Surau Al-Ikhlas atau Musolla Al-Ikhlas. Menginjak tahun 2012, selepas Surau al-Ikhlas mengalami pembaikian dan penambahbaikan secara besar-besaran dari segi fizikal dan kemudahannya, Pusat Islam DESSO diwartakan sebagai nama rasmi oleh pengetua sekarang, Encik Abdul Rahman bin Husin. Nama baharu ini dirasmikan oleh Ahli Parlimen Dungun, Tuan Haji Matulidi bin Jusoh pada 19 Februari 2012, bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah.
Mulai 2014, nama Pusat Islam DESSO ditukarkan kembali kepada nama sebelumnya, Surau Al-Ikhlas supaya bersesuaian dengan tahap institusi sekolah. Penjenamaan kembali ini disempurnakan oleh Encik Wan Su bin Wan Jaffar, Pengetua DESSO yang baharu.
Mulai 2014, nama Pusat Islam DESSO ditukarkan kembali kepada nama sebelumnya, Surau Al-Ikhlas supaya bersesuaian dengan tahap institusi sekolah. Penjenamaan kembali ini disempurnakan oleh Encik Wan Su bin Wan Jaffar, Pengetua DESSO yang baharu.
terbaikkkkkk~~~
BalasPadam