Ahlan Wasahlan السلام عليكم

ASSALAMUALAIKUM ... SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG SURAU AL-IKHLAS SMK SULTAN OMAR ... SILA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI ... TERIMA KASIH ...

SALAM AIDILFITRI - BERSALAM-SALAMAN - POHON KEMAAFAN

banner

Isnin, 29 Julai 2013

KEM KEPIMPINAN PELAJAR


29 Julai 2013, PUSAT Islam DESSO dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan Kem Kepimpinan pelajar hari ini. Kem ini dipimpin oleh Tuan Hj  Ghazali Abdullah dan Tuan Hj Mohd Hanifuddin Salleh. Kem ini disertai 50 orang  pelajar yang terdiri daripada AJK Pusat Islam Desso dan Ketua dan Penolong Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Kem Kepimpinan ini diadakan di Dewan Warisan SMK Sultan Omar Dungun Terengganu.


Aktiviti yang dijalankan ialah Ceramah Kepimpinan, Kepentingan solat dan bacaan, Bengkel dan Solat Zohor berjemaah. Objektif utama kem ini untuk memupuk sifat kepimpinan dalam diri pelajar dan menjadi contoh kepada pelajar lain di sekolah. Pelajar yang menyertai kem ini akan dipilih untuk mengalunkan azan setiap hari apabila masuk waktu solat dan mengendalikan  beberapa aktiviti lain yang dianjurkan oleh Pusat Islam DESSO. Kem ini bermula pada jam 8:30 pagi dan berakhir jam 2:50 petang.