NAMA Surau Al-Ikhlas asalnya diilhamkan oleh Encik Ab Malik bin Musa Dali, Pengetua SMK Sultan Omar. Dungun. Selepas itu, Pengetua Cemerlang yang mengambil alih pentadbiran, Encik Abdul Rahman bin Husin menjenamakan semula nama surau kepada Pusat Islam DESSO yang telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Dungun, Tuan Haji Matulidi bin Jusoh pada 19 Februari 2012 lalu, bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah. Mulai 2014, nama Surau Al-Ikhlas dikembalikan oleh Pengetua terkini, Encik Wan Su bin Wan Jaffar atas sebab kesesuaian dengan taraf sekolah.
Penjenamaan kembali itu dibuat selepas ubahsuai dan penambahkan dilakukan kepada beberapa fizikal, antaranya kekuda bumbung, atap, siling, pintu cermin gelungsur, dan tingkap cermin; pengecatan semula dinding; kemudahan lampu, kipas, dan pembesar suara yang baharu, penambahan tempat mengambil wuduk di luar surau, dan pemasangan jubin bagi ruang kaki lima. Kos pengubahsuaian dan penambahan itu diperoleh daripada peruntukan kerajaan, sumbangan MAIDAM, derma daripada guru, pelajar, ibu bapa, syarikat swasta, dan orang perseorangan dari luar sekolah.
Iltizam untuk melakukan reformasi kepada surau tersebut dibuat untuk memastikan bahawa surau tersebut tidak sahaja berfungsi untuk melaksanakan aktiviti ibadat sembahyang dan pengajaran agama, tetapi harus menjadi tempat yang memiliki fungsi lain yang berkaitan dengan Islam, dan menarik kunjungan daripada warga DESSO khasnya.
Untuk merealisasikan hasrat itu, pengurusan Surau Al-Ikhlas memperkenalkan pelbagai idea baharu untuk menjadikan surau itu sebagai pusat ilmu. Pada peringkat awalnya, diwujudkan Ruang Perpustakaan dan Pameran di beranda surau itu yang mudah dilihat dan dikunjungi oleh pelajar.
Idea terbaharu yang kreatif dan mengagumkan adalah seperti yang berikut:
- Sudut Ilmu: Terletak betul-betul di hadapan pintu masuk ke Pusat Islam. Di ruang itu, ditampilkan Ruang Ibadat Haji, yang menempatkan replika Kaabah dan replika Makam Nabi Ibrahim, tempat melontar tiga jamrah, serta laluan sai. Selain itu, disediakan juga Papan Info tentang ibadat haji dan umrah.
- Lukisan mural: Dilukis pada dinding surau yang menghadap ke pintu masuk sekolah, sumber air mutlak yang lengkap dengan label.
- Replika Rehal: Ditempatkan di atas menara berhampiran dengan lukisan mural. Menara itu asalnya digunakan untuk meletakkan tangki air yang sudah tidak digunakan sekarang.
- Taman Ilmiah: Di ruang ini ditempatkan label tentang nama bulan-bulan Islam.
- Perniagaan: Aktiviti dilakukan melalui Gerai At-Taqwa yang dibangunkan di hadapan surau, berserta dengan dua buah meja batu berpayung, dan disewakan kepada peniaga dari luar. Selain itu, Surau Al-Ikhlas melabur dalam pembinaan garaj kereta guru, dan hasilnya bakal diperoleh dalam masa tiga tahun.
- Projek Inovasi (Takungan Air Wuduk): Air wuduk ditakungkan di dalam kolam konkrik dan digunakan untuk menyiram pokok bunga di kawasan Pusat Islam DESSO.
- Khidmat Bimbingan dan Kaunseling: Surau Al-Ikhlas memberi khidmat bimbingan dan kaunseling kepada pelajar dan guru yang mempunyai sebarang masalah.Di sudut ini juga disediakan terapi minda dengan iringan muzik Islam.
- Bilik ICT: Kemudahan ICT disediakan di Surau Al-Ikhlas untuk membolehkan pelajar melayari internet dan mencari bahan rujukan.
- Ruang Busana Muslimah: Ruang ini diwujudkan untuk mempamerkan pakaian muslimah dan menutup aurat serta tatacara menutup aurat berlandaskan syariat Islam.
- Sudut Jawi: Mempamerkan kepada para pelajar tulisan jawi dan hasil pelajar.
- Sudut Kesihatan: Ianya bertujuan untuk mempamerkan info kesihatan terkini kepada para pelajar supaya mereka dapat mengetahui dengan lebih mendalam.
- Sudut Tahsin Al-Quran: Diwujudkan di dalam Surau Al-Ikhlas untuk memaparkan tentang hukum tajwid dan jenis-jenis bacaan serta sebagai tempat membudayakan dan mendalami Al-Quran.
- Sudut Kaligrafi: Ruang ini mempamerkan jenis-jenis kaligrafi untuk pengetahuan para pelajar dan guru-guru.
- Sudut Pemulihan Pengajaran dan Pembelajaran: Sudut ini disediakan di Surau Al-Ikhlas sebagai aktiviti pengukuhan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam seperti amali tayammum, istinjak dan sebagainya.
- Ruang Pengajaran dan Pembelajaran: Ruang ini disediakan di ruangan luar Surau Al-Ikhlas untuk aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran yang boleh memuatkan tiga puluh orang pelajar dalam satu masa.
- Mini Perpustakaan Islam: Terletak di ruangan luar Surau Al-Ikhlas untuk memberi kemudahan kepada pelajar membaca dan mencari bahan rujukan.
- Rawatan Syifa: Diadakan di Bilik Syifa. Pelajar perempuan yang menghadapi histeria pernah diletakkan di bilik ini untuk pemulihan sementara. Sementara itu, Encik Mazlan
Encik Mazlan menjalankan rawatan Syifa
Janaan kreatif itu menjadikan Surau Al-Ikhlas sebuah surau sekolah yang mempunyai kelebihan tersendiri sebagai "Pusat Ilmu Membina Modal Insan Berkualiti Dunia Akhirat".
Lihat gambar:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan