SURAU Al-Ikhlas dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam mengadakan Kuiz Ramadan bersempena dengan aktiviti Ihya Ramadan pada tahun ini. Program diadakan pada 10/7/2014 disertai oleh pelajar menengah rendah, iaitu dalam kalangan pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3.
Program yang mendapat sambutan hangat daripada pelajar Islam ini bertujuan untuk menajamkan pemikiran pelajar dan menambah ilmu tentang bulan Ramadan. Hal ini diharapkan dapat membantu pelajar meningkatkan kecemerlangan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.