TIGA orang pegawai bahagian Pendidikan Islam di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu melakukan pemantauan di Surau Al-Ikhlas hari ini. Mereka ialah Ustaz Tun Mohd Salim bin Tun Ibrahim, Penolong Pengarah Pengurusan Dakwah Sektor Pendidikan Islam, Ustaz Muhammad Rosdi bin Abdullah, Penolong Pengarah Pengurusan Institusi Pendidikan Agama, Sektor Pengurusan Islam dan Tuan Haji Mohd Samsudin bin Ahmad, Penyelia Kanan Pengurusan dan Pengembangan Syiar Islam.