Ahlan Wasahlan السلام عليكم

ASSALAMUALAIKUM ... SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG SURAU AL-IKHLAS SMK SULTAN OMAR ... SILA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI ... TERIMA KASIH ...

SALAM AIDILFITRI - BERSALAM-SALAMAN - POHON KEMAAFAN

banner

Visi-Misi

VISI:
PUSAT ILMU MEMBINA MODAL INSAN BERKUALITI DUNIA  AKHIRAT


MISI:
Merealisasikan fungsi Surau Al-Ikhlas sebagai pelengkap pembelajaran memupuk nurani menuju keredhaan Ilahi.


MATLAMAT:
Melalui program ini diharapkan dapat meningkatkan kualiti penggunaan Surau Al-Ikhlas sekolah dengan mencapai tahap cemerlang dan gemilang. Diharapkan hal ini juga dapat dijadikan kesinambungan untuk mencapai kualiti pembentukan warga sekolah yang berkualiti di dunia dan di akhirat.


OBJEKTIF:
1. Mengimarahkan surau dengan pelbagai aktiviti keagamaan yang menarik
    dan berkesan.
2. Melaksanakan pengurusan surau dengan efisyen dan sistematik.
3. Memupuk minat dan tabiat pelajar supaya rajin berada di Surau Al-Ikhlas dan
     memanfaatkan masa dengan sebaik-baiknya.
4. Melatih pelajar dengan kepimpinan dan sahsiah Islamiah yang unggul.
5. Membantu pelajar menyelesaikan permasalahan keagamaan dan isu-isu semasa.
6. Mewujudkan surau  mithali yang menekankan kepada budaya ilmu dan
    pembinaan insan.


PIAGAM PELANGGAN:
Pihak pengurusan Surau Al-Ikhlas beriltizam untuk menjadi:

1. Pengurusan yang bersistematik dan cemerlang dalam mengadakan aktiviti keagamaan.
2. Pusat Islam mithali yang menekankan budaya ilmu dan pembinaan modal insan.
3. Memastikan Surau Al-Ikhlas sebagai satu tempat ibadat yang kondusif dan selesa.
4. Memastikan semua pelajar muslim memperoleh ilmu fardhu ain yang sempurna.
5. Memaksimumkan pengggunaan Surau Al-Ikhlas untuk pelaksanaan aktiviti
    pengajaran dan pembelajaran.
6. Menyediakan kemudahan yang diperlukan oleh para pelajar dalam membina modal           insan yang sempurna.


KUMPULAN SASARAN:
1. Pelajar Muslim di sekolah
2. Pentadbir dan guru-guru Muslim
3. Kakitangan sokongan Muslim
4. Ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang beragama Islam