Ahlan Wasahlan السلام عليكم

ASSALAMUALAIKUM ... SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG SURAU AL-IKHLAS SMK SULTAN OMAR ... SILA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI ... TERIMA KASIH ...

SALAM AIDILFITRI - BERSALAM-SALAMAN - POHON KEMAAFAN

banner

Isnin, 24 Jun 2013

MOTIVASI MENJANA KECEMERLANGAN INSAN PMR DAN SPM


PANITIA Pendidikan Islam dengan kerjasama Pusat Islam DESSO telah mengadakan Program Motivasi Menjana Kecemerlangan Insan Pelajar PMR dan SPM di Dewan Warisan bersama penceramah jemputan, Ustaz Mohamad Mizan dari Kuala Terengganu.

Program ini diisi dengan slot 'Mencari Cinta', 'Meniti Titian Jaya', solat zohor berjemaah dan tazkirah. Motivasi ini disertai seramai 200 orang pelajar yang akan menghadapi peperiksaan pada tahun ini. Objektif utama program ini untuk memberikan motivasi kepada pelajar agar lebih berkeyakinan untuk menghadapi peperiksaan.