Ahlan Wasahlan السلام عليكم

ASSALAMUALAIKUM ... SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG SURAU AL-IKHLAS SMK SULTAN OMAR ... SILA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI ... TERIMA KASIH ...

SALAM AIDILFITRI - BERSALAM-SALAMAN - POHON KEMAAFAN

banner

Khamis, 28 Jun 2012

FORUM PERDANA ISLAM KARNIVAL PENDIDIKAN

BERSEMPENA dengan Festival Pendidikan DESSO 2012, Yayasan Islam Terengganu tampil sebagai penganjur Forum Perdana Islam dengan judul "Insan Penyejuk Mata" yang diadakan di padang DESSO dengan kerjasama Pejabat Daerah Dungun bermula pukul 9.00 malam.


Ahli panel yang dijemput khas terdiri daripada Ustaz Kamaruddin bin Omar, Pegawai Khas Agama di Pejabat Menteri Besar Terengganu, dan Ustaz Abdul Halim bin Awang @ Sulong, pensyarah dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Terengganu, manakala Ustaz Mohd Fadli bin Omar, guru dari SMK Agama Kuala Abang bertindak sebagai perantara.
Forum mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat setempat, dan turut dihadiri oleh pelajar dari SM (Agama) Sultan Ismail, Dungun, dan SM Imtiaz Dungun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan