PUSAT Islam DESSO memperoleh penasihat baharu mulai awal tahun ini apabila DESSO ditadbir oleh pengetua baharu. Hal ini berikutan kehadiran Tuan Haji Md. Zain bin Muda, Pengetua Cemerlang dari SMK Tengku Intan Zaharah, Dungun mengambil alih pentadbiran sekolah ini daripada Encik Abdul Rahman bin Husin yang bertukar ke SMK Kampung Nyiur, pada tempoh yang sama.
Tuan Haji Md. Zain melaporkan diri di DESSO pada hari ini (8 Januari 2013) dengan diiringi oleh Pegawai Pelajaran Daerah Dungun, Encik Awang bin Ibrahim dan Ketua Unit Pengurusan Akademik Teknik dan Vokasional Pejabat Pelajaran Daerah Dungun, Encik Che Mohd Yusri bin Che Hashim. Menyambut kedatangan pengetua baharu ialah Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Ruslan bin Haji Ismail dan penolong-penolong kanan lain, guru-guru kanan mata pelajaran, dan ketua pelajar.
Jawatankuasa Pengurusan Pusat Islam menyatakan keyakinan bahawa penasihat baharu ini mampu menambah nilai institusi ini memandangkan kejayaan beliau menjana kecemerlangan dalam banyak perkara semasa berkhidmat di SMK Tengku Intan Zaharah dan sekolah-sekolah lain sebelum ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan