MEMANDANGKAN air wuduk mengalir begitu sahaja pada setiap kali pelajar dan guru berwuduk di Pusat Islam DESSO, timbul idea untuk menakungkan air tersebut untuk menyiram pokok bunga di sekitar surau sekolah tersebut.
Idea itu terbit daripada Pengetua Kanan DESSO, Tuan Haji Md Zain bin Muda, dalam usahanya untuk memperkasakan fungsi Pusat Islam DESSO sebagai institusi penting dalam pertumbuhan semangat keagamaan warga DESSO.
Dengan idea tersebut, sebuah kolam takungan digali berdekatan dengan tempat berwuduk, yang dapat menakungkan air wuduk dari tempat lelaki dan perempuan. Kolam takungan berkonkrit itu ditutup dengan besi jeriji. Selain itu, di sisi kolam itu disediakan paip baharu untuk berwuduk.
Kolam takungan itu sudah siap sepenuhnya sebelum bulan Syawal tiba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan