Ahlan Wasahlan السلام عليكم

ASSALAMUALAIKUM ... SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG SURAU AL-IKHLAS SMK SULTAN OMAR ... SILA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI ... TERIMA KASIH ...

SALAM AIDILFITRI - BERSALAM-SALAMAN - POHON KEMAAFAN

banner

Khamis, 22 Ogos 2013

KEM BESTARI SOLAT


PELAJAR Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 lelaki dan perempuan mengikuti Kem Bestari Solat anjuran Panitia Pendidikan Islam dan Pusat Islam DESSO yang diadakan di Pusat Islam DESSO dari pagi hingga awal petang hari ini.

Pelajar-pelajar tersebut yang berjumlah lebih kurang 135 orang didedahkan dengan cara mengerjakan solat dengan betul secara teori dan praktikal. Mereka dipecahkan kepada 15 kumpulan dengan setiap kumpulan dibimbing dan dipandu oleh fasilitator.

Fasilitator program ini terdiri daripada graduan pusat pengajian tinggi, siswa dan siswi universiti dari Dungun yang sedang bercuti, pelajar lepasan DESSO, dan pelajar Prauniversiti DESSO.

Program berakhir dengan majlis penutupan dan penyampaian cenderamata kepada semua fasilitator yang disempurnakan oleh Pengetua Cemerlang, Tuan Haji Md Zain bin Muda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan