Ahlan Wasahlan السلام عليكم

ASSALAMUALAIKUM ... SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG SURAU AL-IKHLAS SMK SULTAN OMAR ... SILA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI ... TERIMA KASIH ...

SALAM AIDILFITRI - BERSALAM-SALAMAN - POHON KEMAAFAN

banner

Selasa, 28 Januari 2014

PERARAKAN MERIAHKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DESSO


PELAJAR dan guru Islam DESSO menyertai Perarakan Maulidur Rasul bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah pada pagi ini. Perarakan tersebut diadakan untuk memeriahkan sambutan Maulidur Rasul seperti yang pernah dilakukan beberapa tahun dahulu.
Program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Surau al-Ikhlas, Panitia Pendidikan Islam dan MAKDIS itu diatur berdasarkan rumah sukan DESSO, yang melibatkan Rumah Harimau, Rumah Pelanduk, Rumah Garuda, dan Rumah Singa.

Pengetua Cemerlang, Tuan Haji Md. Zain bin Muda mengetuai perarakan sejauh lebih kurang empat kilometer menyusuri jalan di luar kawasan sekolah tersebut di samping penyertaan daripada beberapa orang bekas pelajar DESSO yang mengalunkan selawat Nabi.

Dalam perarakan tersebut, Rumah Pelanduk diisytiharkan sebagai pasukan terbaik perarakan, dan akan mewakili DESSO dalam Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Daerah Dungun pada 30 Januari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan