MESKIPUN penyertaan dalam Pertandingan Surau Sekolah Peringkat Kebangsaan 2013 tidak memihak kepada DESSO, surau yang dikenali sebagai Pusat Islam DESSO ini dicalonkan kembali oleh Pejabat Pendidikan Daerah Dungun untuk dinilai bagi memilih wakil negeri Terengganu ke peringkat kebangsaan sekali lagi.
Pencalonan tersebut menyebabkan Pusat Islam DESSO yang bakal dinamai Surau al-Ikhlas kembali sekali lagi didatangi oleh penilai dari Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.
Pemantauan dilakukan oleh Ustaz Tun Mohd Salim bin Haji Tan, Ustaz Ahmad Ridzuan bin Salim, dan Ustaz Abdul Razak bin Jusoh dari Sektor Pengurusan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.
Dalam pemantauan itu, ketiga-tiganya mengakui bahawa surau DESSO mempunyai kekuatan tersendiri dan wajar bagi mereka menjadikannya sebagai penanda aras dalam proses menilai surau-surau sekolah menengah lain di Terengganu yang turut menyertai pertandingan di peringkat negeri.
Dalam pada itu, ketiga-tiga pegawai tersebut memberikan beberapa pandangan untuk menambah baik kekuatan dan menjadikan surau DESSO menarik minat pelajar dan masyarakat di sekitar.
Mengiringi pegawai pemantau ialah Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Ruslan bin Ismail. Pengetua DESSO yang baharu, Encik Wan Su bin Wan Jaafar menyertai perbincangan dengan pegawai-pegawai tersebut pada akhir sesi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan