Ahlan Wasahlan السلام عليكم

ASSALAMUALAIKUM ... SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG SURAU AL-IKHLAS SMK SULTAN OMAR ... SILA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI ... TERIMA KASIH ...

SALAM AIDILFITRI - BERSALAM-SALAMAN - POHON KEMAAFAN

banner

Isnin, 22 September 2014

PEGAWAI JPNT MEMANTAU SURAU AL-IKHLAS


TIGA orang pegawai bahagian Pendidikan Islam di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu melakukan pemantauan di Surau Al-Ikhlas hari ini. Mereka ialah Ustaz Tun Mohd Salim bin Tun Ibrahim, Penolong Pengarah Pengurusan Dakwah Sektor Pendidikan Islam, Ustaz Muhammad Rosdi bin Abdullah, Penolong Pengarah Pengurusan Institusi Pendidikan Agama, Sektor Pengurusan Islam dan Tuan Haji Mohd Samsudin bin Ahmad, Penyelia Kanan Pengurusan dan Pengembangan Syiar Islam.

Pemantauan dibuat untuk memastikan proses penambahbaikan semua aspek di Surau Al-Ikhlas berjalan lancar. Hal ini penting untuk menentukan surau ini mendapat penilaian yang baik dalam Pertandingan Mengimarahkan Surau Sekolah Peringkat Kebangsaan 2014.

Panel Penilai dari Kementerian Pendidikan dijangka akan hadir untuk membuat penilaian pada 30 September 2014 ini.

Pasukan pemantau ini mendapati banyak keperluan pertandingan telah dipenuhi tetapi masih memerlukan tambah nilai lain untuk membolehkan surau ini mempunyai keistimewaan tertentu yang dapat menarik perhatian Panel Penilai.

Surau Al-Ikhlas mewakili negeri Terengganu bagi kali kedua berturut-turut dalam pertandingan tersebut bagi kategori Sekolah Menengah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan