Ahlan Wasahlan السلام عليكم

ASSALAMUALAIKUM ... SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG SURAU AL-IKHLAS SMK SULTAN OMAR ... SILA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI ... TERIMA KASIH ...

SALAM AIDILFITRI - BERSALAM-SALAMAN - POHON KEMAAFAN

banner

Ahad, 11 Januari 2015

AKTIVITI PEMANTAPAN INSAN MULIA BESTARI (MINGGU ADAB)


AKTIVITI Surau Al-Ikhlas bermula sebaik-baik sahaja sesi persekolahan tahun 2015 bermula apabila pada hari ini Pengurusan Sekolah menganjurkan Program Pemantapan Isan Mulia Bestari, atau lebih dikenali sebagai Minggu Adab dengan pelaksanaannya dikendalikan oleh Surau Al-Ikhlas.

Program tersebut yang bertemakan "Pemantapan Akidah".diadakan secara berperingkat-peringkat bagi semua pelajar Islam dari Tingkatan 1 hingga 5 selama dua hari mulai hari ini dan berakhir esok (12 Januari 2015). Program dikendalikan oleh Tuan Haji Ghazali bin Abdullah dengan bantuan semua guru Pendidikan Islam.

Sebelum itu, mulai pukul 7:40 pagi, Surau A;-Ikhlas mengendalikan program Solat Hajat Awal Sesi Persekolahan 2015 yang melibatkan semua pelajar Islam, termasuk pelajar Tingkatan 1 yang baru mendaftar. Program tersebut diadakan drngan arahan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan