Ahlan Wasahlan السلام عليكم

ASSALAMUALAIKUM ... SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG SURAU AL-IKHLAS SMK SULTAN OMAR ... SILA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI ... TERIMA KASIH ...

SALAM AIDILFITRI - BERSALAM-SALAMAN - POHON KEMAAFAN

banner

Rabu, 25 Januari 2012

PEMERKASAAN SURAU AL-IKHLAS

SURAU DESSO sedang diperkasakan untuk memberikan keselesaan kepada pengguna di samping untuk memudahkan pihak sekolah mencapai matlamat pembentukan sahsiah pelajar. Pihak sekolah telah mendapatkan dana untuk mengatasi masalah kebocoran atap pada setiap kali hujan lebat yang mengakibatkan aktiviti di surau itu kerap terganggu. Usaha mengumpulkan kos juga dibuat untuk menyelesaikan masalah siling dan pendawaian elektrik yang sudah uzur.

Proses menggantikan bumbung dan atap telah selesai, dan penambahbaikan dinding, tingkap, pintu, elektrikal, dan pembesar suara sedang dijalankan dengan rancaknya, yang dijangka akan selesai sepenuhnya dalam masa yang singkat.


Menurut Pengetua Kanan, Encik Abdul Rahman bin Husin, pemerkasaan itu tidak sahaja melibatkan aspek fizikal, malahan turut meliputi aspek pengisian aktiviti. Peranan surau itu akan diperluas agar dapat melangkaui peranan biasa surau itu sebagai tempat bersembahyang dan aktiviti penataran agama semata-mata.

Beliau turut membayangkan bahawa tempat ibadat itu akan dijenamakan semula, agar bersesuaian dengan pemerkasaan yang akan direalisasikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan