Ahlan Wasahlan السلام عليكم

ASSALAMUALAIKUM ... SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG SURAU AL-IKHLAS SMK SULTAN OMAR ... SILA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI ... TERIMA KASIH ...

SALAM AIDILFITRI - BERSALAM-SALAMAN - POHON KEMAAFAN

banner

Ahad, 19 Februari 2012

PENJENAMAAN SEMULA SURAU DESSO

SURAU SMKSO yang sebelum ini dikenali sebagai Musolla al-Ikhlas telah mengalami penjenamaan semula secara rasminya mulai malam ini. Perasmian nama baharu itu disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Matulidi bin Jusoh, Ahli Parlimen Dungun bersempena dengan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SMK Sultan Omar.

Musolla itu kini dikenali sebagai Pusat Islam DESSO. Penjenamaan semula itu dilakukan ekoran pembaikpulihan fizikal surau tersebut yang melibatkan kos lebih daripada RM80,000.00. Pembiayaan tersebut diperoleh daripada peruntukan daripada kerajaan, sumbangan daripada MAIDAM, PIBG DESSO sendiri, dan derma daripada syarikat dan orang perseorangan, termasuk guru, kakitangan dan pelajar DESSO sendiri.














Pengetua Kanan DESSO, Encik Abdul Rahman bin Husin menegaskan bahawa dengan penukaran nama itu, taraf surau tersebut dapat ditingkatkan. Menurutnya, dengan peningkatan taraf itu, pusat itu bukan sahaja akan berfungsi sebagai tempat untuk melaksanakan sembahyang, malahan turut menjadi tempat pengajaran dan pembelajaran keagamaan, dan akan dilengkapkan dengan kemudahan perpustakaan dan komputer.
 













Sebelum majlis perasmian, ibu bapa dan pelajar tingkatan tiga, lima dan enam bersembahyang Maghrib berjemaah dan mengikuti bacaan al-Quran serta tazkirah yang disampaikan oleh Tuan Haji Ghazali bin Abdullah, Guru Pendidikan Islam DESSO. Majlis juga diserikan dengan persembahan nasyid dan marhaban oleh Kumpulan Syababul Faizin.

Pegawai Pelajaran Daerah Dungun, Tuan Haji Idris bin Bidin, Yang Dipertua PIBG, Tuan Haji Mokhtar bin Omar, dan ahli jawatankuasa PIBG lain turut hadir ke majlis berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan