MAJLIS Kebajikan dan Dakwah Islamiah (MAKDIS) DESSO mengadakan empat aktiviti untuk mengimarahkan bulan Ramadan, iaitu Majlis Khatam al-Quran, Pengagihan Zakat, Sumbangan Hari Raya, dan Majlis Berbuka Puasa pada hari ini, dari pagi hingga menjelang malam.
Majlis Khatam al-Quran diadakan pada sebelah pagi di Pusat Islam yang dijalankan oleh 17 orang pelajar terpilih dari tingkatan lima dan enam yang dipimpin oleh Ustaz Haji Ghazali bin Abdullah, dan disertai oleh pelajar dari kedua-dua tingkatan. Menyusul selepas itu ialah penyampaian zakat kepada 60 orang pelajar miskin dan yatim yang disempurnakan oleh Pengetua Cemerlang, Encik Abdul Rahman bin Husin.
Majlis Berbuka Puasa disertai oleh ibu bapa pelajar miskin dan yatim bersama dengan guru dan kakitangan sokongan DESSO dan keluarga masing-masing yang diadakan di Dewan Warisan. Sebelum itu, Ustaz Haji Ghazali bin Abdullah menyampaikan tazkirah tentang lailatul qadar, diikuti dengan penyampaian sumbangan hari raya kepada 60 orang pelajar miskin dan yatim di Pusat Islam oleh Pengetua Cemerlang.
Turut hadir dalam kedua-dua majlis pada sebelah petang ini ialah Yang Dipertua PIBG, Tuan Haji Muhammad bin Jusoh dan ahli jawatankuasanya, bekas Yang Dipertua PIBG, Tuan Haji Mokhtar bin Omar, dan wakil dari Pejabat Pelajaran Daerah Dungun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan