PELAJAR Islam Tingkatan 4 sekolah ini mengikuti program Pengurusan Jenazah yang diadakan di Pusat Islam DESSO pada pagi ini. Pelajar dibimbing oleh Ustaz Haji Ghazali bin Abdullah.
Dalam program itu, pelajar didedahkan dengan hal yang berkaitan dengan kematian, iaitu tanda sakratul maut, tindakan yang perlu dilakukan selepas berlakunya sakratul maut, dan hal yang wajib dilaksanakan terhadap orang yang mengalami kematian.
Si mati wajib dimandikan, dikafankan, disembahyangkan, dan dikebumikan. Walau bagaimanapun, pada bengkel ringkas kali ini, pelajar ditunjukkan cara untuk melakukan solat jenazah dari awal hingga akhir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan