Ahlan Wasahlan السلام عليكم

ASSALAMUALAIKUM ... SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG SURAU AL-IKHLAS SMK SULTAN OMAR ... SILA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI ... TERIMA KASIH ...

SALAM AIDILFITRI - BERSALAM-SALAMAN - POHON KEMAAFAN

banner

Khamis, 20 September 2012

PEMANTAPAN SAHSIAH MENJELANG PEPERIKSAAN

SELEPAS melakukan solat hajat dan bacaan surah Yasin, pelajar Tingkatan 3, Tingkatan 5, dan Tingkatan 6 Atas dan 6 Bawah di Pusat Islam, calon PMR, SPM dan STPM 2012 tersebut kemudiannya turut mengikuti ceramah "Pemantapan Sahsiah Menjelang Peperiksaan" di Dewan Warisan.


Ceramah yang bercorak motivasi itu dikendalikan oleh Tuan Haji Kamaruddin bin Omar, Pegawai Khas Agama di Pejabat Menteri Besar Terengganu. Menurutnya, DESSO merupakan sekolah yang ke-40 dikunjunginya pada tahun ini untuk memberikan  motivasi tentang sahsiah pelajar.

Tuan Haji Kamaruddin Omar pernah datang ke DESSO pada hujung bulan Jun lalu sebagai seorang daripada panel Forum Perdana Islam bersempena dengan Festival Pendidikan DESSO 2012. Forum tersebut mengupas tajuk "Insan Penyejuk Mata".

Selain memberikan ceramah motivasi, pelajar yang menyertai majlis itu diberikan aktiviti yang merangsang keupayaan untuk menjadi calon peperiksaan yang cerdas dan cepat dalam membuat keputusan dan tindakan.

Program dijalankan dengan kerjasama Unit Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling DESSO.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan