Ahlan Wasahlan السلام عليكم

ASSALAMUALAIKUM ... SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG SURAU AL-IKHLAS SMK SULTAN OMAR ... SILA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI ... TERIMA KASIH ...

SALAM AIDILFITRI - BERSALAM-SALAMAN - POHON KEMAAFAN

banner

Isnin, 17 September 2012

SOLAT HAJAT TINGKATAN ENAM

PELAJAR Tingkatan 6 menyertai Program Solat Hajat dan Bacaan Surah Yasin yang diadakan di Pusat Islam DESSO pagi ini.
 
Program tersebut merupakan aktiviti mingguan bagi pelajar prauniversiti yang terdiri daripada Tingkatan 6 Bawah dan Tingkatan 6 Atas. Lazimnya mereka melakukan aktiviti kerohanian itu pada setiap hari Khamis.


Kebiasaannya sembahyang hajat dan bacaan surah Yasin dipimpin oleh guru, tetapi pada pagi ini, kedua-dua aktiviti itu dikendalikan oleh pelajar tingkatan enam sendiri yang dipilih khas.

Program berlangsung dari pukul 7.40 pagi hingga 9.00 pagi, sebelum mereka mengikuti pelajaran seperti biasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan