PUSAT Islam DESSO membuka langkah lebih jauh dalam usaha mempelbagaikan aktiviti dengan mewujudkan gerai minum. Geram yang dinamai Gerai At-Taqwa itu dibina bersebelahan dengan Pusat Islam, dan dilengkapi dengan dua buah meja berpayung.
Gerai tersebut juga disewakan kepada peniaga luar yang dapat menjual air minuman dan makanan yang murah, dan hasilnya dimasukkan ke dalam Tabung Pusat Islam DESSO.
Usaha untuk mewujudkan gerai jualan itu untuk merealisasikan transformasi dalam aktiviti pusat agama yang tidak sekadar sebagai tempat untuk ibadat sembahyang semata-mata. Aktiviti itu dapat mengukuhkan kebolehan pelajar yang berminat dalam perniagaan, sesuai dengan kehendak agama Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan