Ahlan Wasahlan السلام عليكم

ASSALAMUALAIKUM ... SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG SURAU AL-IKHLAS SMK SULTAN OMAR ... SILA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI ... TERIMA KASIH ...

SALAM AIDILFITRI - BERSALAM-SALAMAN - POHON KEMAAFAN

banner

Selasa, 2 Oktober 2012

SOLAT HAJAT PERDANA 4 OKTOBER INI

SOLAT Hajat Perdana untuk memohon keberkatan Ilahi kepada pelajar DESSO yang akan menduduki peperiksaan awam akan diadakan pada malam 4 Oktober 2012 ini di Pusat Islam DESSO.
.
Solat yang membabitkan pelajar dari Tingkatan 3, 5, 6 Bawah, dan 6 Atas yang masing-masing akan mengambil peperiksaan PMR, SPM dan STPM itu juga akan disertai oleh ibu, bapa, atau penjaga masing-masing. Surat kepada ibu bapa atau penjaga sudah diedarkan melalui pelajar hari ini. Pelajar dikehendaki menyerahkan surat status kehadiran ibu bapa atau penjaga masing-masing kepada guru tingkatan esok.


Mengikut atur cara, ibu bapa atau penjaga dijangka tiba di Pusat Islam DESSO pada pukul 6.30 petang. Majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah, diikuti solat hajat, bacaan surah Yasin, dan tahlil. Kemudiannya, Pengetua Cemerlang DESSO, Encik Abdul Rahman bin Husin akan memberikan ucapan, sebelum solat Isyak berjemaah dilangsungkan.

Majlis dijangka akan disertai oleh Yang Dipertua PIBG, Tuan Haji Mohamad bin Jusoh dan ahli-ahli jawatankuasanya yang lain.

Sebelum bersurai, dif jemputan, guru, ibu bapa dan penjaga, dan pelajar yang hadir akan dihidangkan jamuan ringan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan