Ahlan Wasahlan السلام عليكم

ASSALAMUALAIKUM ... SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG SURAU AL-IKHLAS SMK SULTAN OMAR ... SILA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI ... TERIMA KASIH ...

SALAM AIDILFITRI - BERSALAM-SALAMAN - POHON KEMAAFAN

banner

Selasa, 9 Oktober 2012

PUSAT ISLAM DESSO DINILAI HARI INI

SETELAH membuat pelbagai persiapan dan penambahbaikan, hari ini Pusat Islam DESSO yang menyertai Pertandingan Surau bersempena dengan Karnival Pendidikan Negeri Terengganu dikunjungi oleh panel hakim dari Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.


Panel diketuai olah Ustaz Awang bin Abdullah @ Sulong, Penolong Pengarah Pengurusan Guru Pendidikan Islam Menengah di JPN Terengganu, dengan dibantu oleh Ustaz Mohd Zawawi bin Abu Bakar, Penyelia Kanan Pendidikan Islam di Pejabat Pelajaran Daerah Marang.


Penilaian berlangsung mulai pukul 10.00 pagi dan berakhir sejam kemudian itu mengambil kira semua aspek yang ditetapkan, iaitu pengurusan, dokumentasi, kemudahan dan fizikal surau, keceriaan, aktiviti yang dijalankan, penglibatan warga sekolah, serta keistimewaan yang terdapat di surau tersebut.


Semasa membuat penilaian itu, kedua-dua hakim kelihatan sangat tertarik dan kagum akan Pusat Islam DESSO yang memiliki ruang ilmu yang diwujudkan dengan kreatif, seperti ruang pameran di anjung, serta sudut ibadat haji yang dilengkapi dengan replika Kaabah, lorong sai, tempat melontar jamrah, dan replika makam Nabi Ibrahim dibina di hadapan pusat itu. 

Selain mempunyai menara rehal, Pusat Islam DESSO juga dianggap istimewa kerana terlibat dalam aspek muamalat dengan membuka Gerai At-Taqwa dan membuat pelaburan dalam pembinaan garaj kereta guru.

Secara keseluruhannya, kedua-dua penilai menunjukkan nada positif bahawa Pusat Islam DESSO memiliki potensi yang sangat besar untuk mencapai kejayaan dalam pertandingan tersebut.

Kedua-dua hakim diiringi dan diberikan penjelasan oleh  Encik Ruslan bin Haji Ismail, Penolong Kanan Pentadbiran yang merupakan Pengerusi Pusat Islam, dan dibantu oleh  jawatankuasa pengurusan lain, Ustaz Haji Ghazali bin Abdullah, Puan Maizatul Akmaliah binti Yusuf, Puan Azlina binti Ramli, Puan Zahrah bin Ismail, Puan Norehan binti Ismail, dan Encik Suhaimi bin Mohd Salleh. Turut sama mengikuti proses penghakiman itu ialah Pengetua Cemerlang, Encik Abdul Rahman bin Husin, yang menjadi Penasihat Pusat Islam DESSO.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan