Ahlan Wasahlan السلام عليكم

ASSALAMUALAIKUM ... SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG SURAU AL-IKHLAS SMK SULTAN OMAR ... SILA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI ... TERIMA KASIH ...

SALAM AIDILFITRI - BERSALAM-SALAMAN - POHON KEMAAFAN

banner

Khamis, 7 Februari 2013

PERARAKAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH DUNGUN



PELAJAR DESSO menyertai Perarakan Sambutan Mauldur Rasul Peringkat Daerah Dungun 1434 Hijrah yang diadakan di Padang Astaka Dungun pagi ini. Kontinjen DESSO mengandungi 100 orang pelajar, lelaki dan perempuan, dengan menggabungkan semua pelajar Tingkatan 6 Atas, sebahagian Pengawas yang beragama Islam, dan Kumpulan Nasyid Sekolah. 


Turut menyertai perarakan dari awal hingga akhir ialah Tuan Haji Ghazali bin Abdullah, dan Encik Mazlan bin Mohd. 


Pasukan yang berarak secara automatik menyertai pertandingan perarakan, dan DESSO menyertai Kategori Sekolah Menengah dan IPT. Kategori lain yang dipertandingkan oleh Sekolah Rendah, dan Agensi Kerajaan.

Dengan tema "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah", perarakan bermula di Padang Astaka Dungun, melalui Jalan Sungai Udang, Jalan Nibong, melalui Dataran Merdeka, Jalan Tambun, dan kembali ke Padang Astaka Dungun, sejauh tidak kurang daripada empat kilometer.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan