Ahlan Wasahlan السلام عليكم

ASSALAMUALAIKUM ... SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG SURAU AL-IKHLAS SMK SULTAN OMAR ... SILA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI ... TERIMA KASIH ...

SALAM AIDILFITRI - BERSALAM-SALAMAN - POHON KEMAAFAN

banner

Khamis, 2 Mei 2013

BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT MINGGUAN


MAKDIS dengan kerjasama Pusat Islam DESSO mengadakan majlis Bacaan Yasin, Solat Hajat dan Tazkirah Mingguan pada setiap hari Khamis, yang melibatkan pelajar Tingkatan 3, Tingkatan 5, dan Prauniversiti.


Pihak pengurusan sekolah mengambil keputusan mengadakan aktiviti keagamaan itu pada setiap minggu untuk memperkasakan penggunaan surau sekolah tersebut, selain untuk meningkatkan amalan agama dalam kalangan pelajar Islam di sekolah ini.

Selain pelajar berkenaan yang terlibat dengan peperiksaan awam, pelajar Tingkatan 1, 2 dan 5 yang beragama Islam dikehendaki membaca surah Yasin di dalam bilik darjah masing-masing dengan dibimbing oleh guru tingkatan. Sementara itu, pelajar bukan Islam menjalani aktiviti mereka di Auditorium dan di Dewan Warisan.

Aktiviti tersebut diadakan pada pukul 7.40 hingga 8.20 pagi. Berikutan dengan aktiviti berkala itu, jadual waktu pengajaran dan pembelajaran rasmi pada hari Khamis bermula pada pukul 8.20 pagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan