Ahlan Wasahlan السلام عليكم

ASSALAMUALAIKUM ... SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG SURAU AL-IKHLAS SMK SULTAN OMAR ... SILA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI ... TERIMA KASIH ...

SALAM AIDILFITRI - BERSALAM-SALAMAN - POHON KEMAAFAN

banner

Khamis, 18 Julai 2013

KURSUS HAJI/ UMRAH


PANITIA Pendidikan Islam sekali lagi mengadakan Program Amali Haji kepada pelajar Tingkatan 5. Aktiviti tersebut diadakan selepas pelajar Tingkatan 3, Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 mengadakan Solat Hajat dan Bacaan Yasin Mingguan pagi ini.


Tujuan pelaksanaan amali itu untuk memudahkan pelajar berkenaan mengikuti pelajaran mengenai topik Haji yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam SPM. Di samping itu, program itu diharapkan dapat memperkenalkan kaedah pelaksanaan ibadat Haji sebenar kepada pelajar.

Aktiviti berlangsung di sekitar Pusat Islam DESSO, dengan menggunakan kemudahan replika di situ seperti tempat melontar jamrah, kaabah, dan laluan sai.

Pelajar dibimbing oleh guru mata pelajaran berkenaan, Tuan Haji Ghazali bin Abdullah dan dibantu oleh beberapa orang ustazah.

Menurut Tuan Haji Ghazali, ramai pelajar yang ingin mengikuti program itu tetapi dihadkan kerana ruang yang sempit tidak mampu untuk menampung penyertaan yang ramai. Kalangan pelajar yang tidak dapat mengambil bahagian hanya memerhati gerak kerja itu dari beranda Pusat Islam DESSO.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan