Ahlan Wasahlan السلام عليكم

ASSALAMUALAIKUM ... SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG SURAU AL-IKHLAS SMK SULTAN OMAR ... SILA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI ... TERIMA KASIH ...

SALAM AIDILFITRI - BERSALAM-SALAMAN - POHON KEMAAFAN

banner

Rabu, 10 Julai 2013

PROGRAM IHYA' RAMADAN 1434 H




PUSAT Islam DESSO bekerjasama dengan MAKDIS dan Panitia Pendidikan Islam melaksanakan beberapa aktiviti untuk memeriahkan Ramadan 1434 Hijrah.

Aktiviti yang dijalankan mulai hari pertama bulan puasa itu sebahagiannya meneruskan aktiviti yang menjadi tradisi bagi setiap kali Ramadan tiba, manakala sebahagian lagi merupakan aktiviti baharu yang diyakini dapat memenuhi keperluan Ramadan kali ini.


Antara aktiviti yang sering dilaksanakan sebelum ini ialah tadarrus al-Quran, serta majlis khatam al-Quran dan berbuka puasa dalam kalangan warga DESSO.

Selain itu, kegiatan yang pernah diketengahkan ialah ceramah agama, pencarian imam muda, hafazan dan doa, dan pertandingan menulia esei Ramadan.

Pada kali ini, diperkenalkan program Mencari Lailatul Qadar, dengan cara guru, kakitangan dan warga sekolah menyumbangkan derma sekurang-kurangnya RM1.00 pada setiap hari bulan Ramadan. Aktiviti lain terdiri daripada program Nur Pagi, iaitu bacaan tazkirah sebelum proses pengajaran dan pembelajaran pada setiap pagi, yang dikendalikan oleh pelajar lelaki prauniversiti, dan aktiviti Azan dan Iqamah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan