Ahlan Wasahlan السلام عليكم

ASSALAMUALAIKUM ... SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG SURAU AL-IKHLAS SMK SULTAN OMAR ... SILA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI ... TERIMA KASIH ...

SALAM AIDILFITRI - BERSALAM-SALAMAN - POHON KEMAAFAN

banner

Selasa, 30 Julai 2013

PERTANDINGAN KHUTBAH DAN AZAN DI PUSAT ISLAM DESSO



PANITIA Pendidikan Islam terus mengisi ruang bulan Ramadan dengan mengadakan Pertandingan Membaca Khutbah dan Azan. Pertandingan yang dilaksanakan dengan kerjasama daripada MAKDIS dan Pusat Islam DESSO itu diadakan di Pusat Islam DESSO pada pagi ini.


Pertandingan Membaca Khutbah dan Azan itu disertai pelajar lelaki dari Tingkatan 3 hingga Prauniversiti dengan penilaian dilakukan oleh Tuan Haji Ghazali bin Abdullah dan Tuan Haji Mohd Hanifuddin bin Salleh.

Menurut Tuan Haji Ghazali, mutu bacaan khutbah pada kali ini pada tahap sederhana, oleh itu banyak yang perlu dibaiki oleh peserta pada pertandingan akan datang..

Sementara itu, pada minggu lepas, Pertandingan Hafazan al-Quran turut diadakan dengan penilaian dilakukan oleh Puan Hajah Nor Shamsinah binti Samsudin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan