Ahlan Wasahlan السلام عليكم

ASSALAMUALAIKUM ... SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG SURAU AL-IKHLAS SMK SULTAN OMAR ... SILA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI ... TERIMA KASIH ...

SALAM AIDILFITRI - BERSALAM-SALAMAN - POHON KEMAAFAN

banner

Khamis, 1 Ogos 2013

KHATAM AL-QURAN


MAKDIS dengan kerjasama Pengurusan Sekolah dan Pusat Islam DESSO mengadakan Majlis Khatam al-Quran pagi ini, yang disertai oleh guru dan pelajar DESSO.


Majlis bermula dengan bacaan Surah Yasin dan Solat Hajat. Acara Khatam al-Quran diketuai oleh Tuan Haji Ghazali bin Abdullah bersama dengan 20 orang pelajar Tingkatan 5 dan Prauniversiti.

Majlis Khatam al-Quran ini diadakan setelah semua guru, kakitangan dan pelajar ditugaskan untuk menamatkan bacaan surah berdasarkan juz tertentu yang bermula awal Ramadan sehingga semalam.

Selain itu, acara penyampaian Hadiah Pertandingan Ihya Ramadan turut diadakan. Sepanjang bulan Ramadan, Panitia Pendidikan Islam mengadakan beberapa pertandingan, iaitu menulis esei, mengalunkan azan, membaca khutbah, dan hafazan doa harian,

Turut menyerikan majlis ialah penyampaian zakat dan sumbangan hari raya kepada pelajar-pelajar miskin dan yatim.

Penyampaian hadiah dan sumbangan disempurnakan oleh Pengetua Cemerlang, Tuan Haji Md. Zain bin Muda. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan