Ahlan Wasahlan السلام عليكم

ASSALAMUALAIKUM ... SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG SURAU AL-IKHLAS SMK SULTAN OMAR ... SILA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI ... TERIMA KASIH ...

SALAM AIDILFITRI - BERSALAM-SALAMAN - POHON KEMAAFAN

banner

Khamis, 26 September 2013

SOLAT HAJAT PERDANA - RUANG PUSAT ISLAM DESSO PENUH


BERSEMPENA peperiksaan PMR, SPM dan STPM yang akan berlangsung tidak lama lagi, jawatankuasa kecemerlangan ketiga-tiga peperiksaan awam tersebut dengan kerjasama MAKDIS dan Pusat Islam DESSO menganjurkan Solat Hajat Perdana PMR, SPM dan STPM di Pusat Islam DESSO malam ini.


Program bermula dengan solat fardu Maghrib berjemaah, bacaan Yasin, solat hajat, tahlil, dan berakhir dengan solat fardu Isyak berjemaah yang diketuai oleh guru Pendidikan Islam, Tuan Haji Ghazali bin Abdullah.

Majlis mendapat sambutan yang amat menggalakkan apabila  dihadiri oleh pelajar Islam yang akan menghadapi peperiksaan PMR, SPM dan STPM dan ibu bapa atau penjaga masing-masing dengan memenuhi ruang solat, malahan ruang beranda surau turut penuh.

Dalam ucapan ringkas sebelum solat Isyak berjemaah, Pengetua Cemerlang, Tuan Haji Md Zain bin Muda melahirkan kegembiraannya kerana program mendapat sambutan yang sungguh baik daripada ibu bapa. Beliau berharap ibu bapa yang mempunyai waktu luang agar turut datang ke surau sekolah untuk membaca Yasin dan sembahyang sunat demi memberikan sokongan dan kekuatan kepada anak masing-masing semasa mereka sedang menghadapi peperiksaan.

Pelajar tingkatan tiga akan menghadapi peperiksaan PMR mulai 2 Oktober 2013 ini, yang merupakan peperiksaan terakhir mengikut sistem peperiksaan berpusat. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan