Ahlan Wasahlan السلام عليكم

ASSALAMUALAIKUM ... SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG SURAU AL-IKHLAS SMK SULTAN OMAR ... SILA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI ... TERIMA KASIH ...

SALAM AIDILFITRI - BERSALAM-SALAMAN - POHON KEMAAFAN

banner

Khamis, 3 Oktober 2013

PANEL PENILAI SURAU MENGUNJUNGI PUSAT ISLAM DESSO


PUSAT Islam DESSO yang terpilih mewakili negeri Terengganu dalam Pertandingan Surau Imarah Peringkat Kebangsaan Kategori Sekolah Menengah dikunjungi oleh panel penilai dari Kementerian Pendidikan Malaysia pagi ini.


Pasukan penilai yang diketuai oleh Tuan Haji Arifuddin bin Abdul Hamid, Ketua Unit Dakwah, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia, bersama dengan Ustaz Abd Rahman bin Che Soh dan Ustaz Ruzain Syukur bin Mansor, masing-masing Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia tiba di DESSO pada pukul 10.30 pagi.

Kedatangan penilai disambut oleh Pengetua Cemerlang, Tuan Haji Md Zain bin Muda, Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Ruslan bin Haji Ismail, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Wan Mohd Yusoff bin Wan Mohamad, Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Wan Ahmat bin Wan Manan, guru-guru kanan mata pelajaran, kaunselor dan kakitangan sokongan.

Majlis bermula dengan taklimat daripada Pengetua Cemerlang, dan ucapan daripada Tuan Haji Arifuddin, diikuti dengan pemerhatian, soal jawab, semakan fail, dan rakaman gambar.  

Dalam pemantauan selama dua jam itu, panel penilai kelihatan tertarik akan program kaji selidik tentang program Pusat Islam DESSO, projek inovasi air wuduk, aktiviti kaunseling Islam, dan program terapi minda yang dilaksanakan di surau ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan