SURAU DESSO yang sebelum ini dikenali sebagai Pusat Islam DESSO dijenamakan semula sebagai Surau al-Ikhlas pada hari ini. Majlis penjenamaan semula dirasmikan oleh Pengetua DESSO, Encik Wan Su bin Wan Jaffar di Surau al-Ikhlas.
Menurut Encik Wan Su, penjenamaan semula surau itu penting untuk menyesuaikannya dengan status sebagai surau sekolah. Walau bagaimanapun, fungsi yang dilaksanakan semasa menggunakan nama Pusat Islam DESSO diteruskan seperti biasa, malahan ditambah baik lagi beberapa aspek.
Nama Pusat Islam DESSO digunakan semasa pentadbiran Pengetua Cemerlang, Encik Abdul Rahman bin Husin pada tahun 2012, dan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Dungun ketika itu, Tuan Haji Matulidi bin Jusoh. Pada tahun lepas, pusat agama tersebut mewakili negeri Terengganu bagi kategori sekolah menengah dalam Pertandingan Mengimarahkan Surau di peringkat kebangsaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan