Ahlan Wasahlan السلام عليكم

ASSALAMUALAIKUM ... SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG SURAU AL-IKHLAS SMK SULTAN OMAR ... SILA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI ... TERIMA KASIH ...

SALAM AIDILFITRI - BERSALAM-SALAMAN - POHON KEMAAFAN

banner

Isnin, 21 Julai 2014

MAJLIS BACAAN 30 JUZUK AYAT AL-QURAN DAN KHATAM AL-QURAN DI SURAU AL-IKHLAS


SURAU al-Ikhlas DESSO hari ini diimarahkan dengan Majlis Khatam al-Quran yang disertai oleh guru dan pelajar muslim bersempena dengan program Ihya Ramadan yang dianjurkan oleh Surau al-Ikhlas, MAKDIS, dan Panitia Pendidikan Islam.

Program tersebut bermula dengan bacaan 30 juzuk ayat al-Quran oleh 40 orang pelajar, diikuti dengan acara khatam al-Quran dan tahlil. Acara khatam al-Quran dan tahlil diketuai oleh Ustaz Ghazali bin Abdullah.

Semenjak awal Ramadan, guru, kakitangan sekolah dan pelajar Islam ditugaskan menamatkan bacaan juzuk tertentu. Selain itu, terdapat pelajar yang khatam al-Quran secara individu.

Turut sama dalam majlis tersebut ialah Pengetua, Encik Wan Su bin Wan Jaffar, Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Ruslan bin Haji ismail, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Wan Mohd Yusoff bin Wan Mohamad, Penolong Kanan Tingkatan 6, Encik Mazlan bin Mohd, dan Guru Kanan Mata Pelajaran.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan