Ahlan Wasahlan السلام عليكم

ASSALAMUALAIKUM ... SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG SURAU AL-IKHLAS SMK SULTAN OMAR ... SILA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI ... TERIMA KASIH ...

SALAM AIDILFITRI - BERSALAM-SALAMAN - POHON KEMAAFAN

banner

Selasa, 26 Ogos 2014

SURAU DESSO SEKALI LAGI MEWAKILI TERENGGANU



SURAU Al-Ikhlas DESSO sekali lagi terpilih mewakili negeri Terengganu dalam Pertandingan Mengimarahkan Surau Sekolah bagi Kategori Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan pada tahun ini.


Pengetua SMK Sultan Omar, Encik Wan Su bin Wan Jaffar dalam Mesyuarat Pengurusan Surau Al-Ikhlas memberitahu bahawa surat pemberitahuan rasmi mengenal hal itu telah diterima. Dengan hal yang demikian, beliau berharap pengurusan Surau Al-Ikhlas harus segera mengemaskinikan segala yang perlu kerana Panel Penilai dari Kementerian Pendidikan Malaysia akan datang dalam masa yang tedekat ini.

Panel Penilai Peringkat Negeri Terengganu telahpun datang membuat penilaian pada 3 Julai 2014 lalu dan menegaskan bahawa Surau Al-Ikhlas menjadi penanda aras bagi penilaian surau-surau sekolah menengah lain di negeri Terengganu.

Pada tahun lalu, Surau DESSO telah bertanding di peringkat yang sama tetapi sekadar mendapat hadiah sagu hati. Kegagalan mendapat tempat yang lebih baik dipercayai kerana ketika itu Surau DESSO menggunakan nama Pusat Islam DESSO, yang tidak sesuai dengan surau peringkat sekolah, di samping ketiadaan kubah yang dapat menandakan bahawa bangunan tersebut ialah bangunan surau.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan