Ahlan Wasahlan السلام عليكم

ASSALAMUALAIKUM ... SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG SURAU AL-IKHLAS SMK SULTAN OMAR ... SILA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI ... TERIMA KASIH ...

SALAM AIDILFITRI - BERSALAM-SALAMAN - POHON KEMAAFAN

banner

Isnin, 21 Julai 2014

PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN IHYA RAMADAN DAN SUMBANGAN HARI RAYA


PESERTA dan pemenang Pertandingan ihya Ramadan menerima hadiah masing-masing, manakala pelajar miskin dan yatim piatu menerima sumbangan hari raya di Surau al-Ikhlas pagi ini.

Sepanjang bulan Ramadan, MAKDIS dan Panitia Pendidikan Islam mengadakan beberapa jenis Pertandingan Ihya Ramadan, antaranya azan, membaca khutbah, teka silang kata, dan hafazan.

Penerima sumbangan hari raya diberikan kepada pelajar miskin dan yatim piatu yang melibatkan semua tingkatan, termasuk pelajar Prauniversiti.

Hadiah kepada pemenang Pertandingan Ihya Ramadan disampaikan oleh Pengetua, Encik Wan Su bin Wan Jaffar, manakala sumbangan hari raya dan penghargaan kepada pelajar yang terlibat dengan khatam al-Quran disampaikan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Wan Mohd Yusoff bin Wan Mohamad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan