Ahlan Wasahlan السلام عليكم

ASSALAMUALAIKUM ... SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG SURAU AL-IKHLAS SMK SULTAN OMAR ... SILA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI ... TERIMA KASIH ...

SALAM AIDILFITRI - BERSALAM-SALAMAN - POHON KEMAAFAN

banner

Selasa, 30 September 2014

MENUNGGU PANEL PENILAI BERKUNJUNG...


MENJELANG 30 September 2014, dan kemudiannya ditunda kepada 1 Oktober 2014, Jawatankuasa Pengurusan Surau Al-Ikhlas DESSO semakin dilanda debar ketika menunggu kehadiran Panel Penilai Pertandingan Mengimarah Surau Sekolah bagi Kategori Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan.


Semenjak Sektor Pendidikan Islam di Jabatan Pendidikan Negeri Terenggganu memaklumkan bahawa Surau Al-Ikhlas dipilih untuk mewakili Terengganu, Jawatankuasa Pengurusan Surau Al-Ikhlas dengan kerjasama Jawatankuasa Pelajar, guru dan kakitangan swasta sekolah bertungkus-lumus membuat penambahbaikan di dalam dan di sekitar kawasan surau ini.

Dalam penyertaan tahun 2013 lalu, Surau Al-Ikhlas dengan nama Pusat Islam DESSO, mendapat sagu hati dalam pertandingan yang sama. Walau bagaimanapun, pada tahun ini, penyertaan menggunakan nama baharu yang lebih sesuai sebagai sebuah surau sekolah, Surau Al-Ikhlas.

Pelbagai penambahan baharu dilakukan, antaranya wujudnya kubah sebagai lambang sebuah surau atau tempat ibadat Islam, penceriaan kawasan surau, pewujudan Bilik Syifa untuk melaksanakan rawatan Islam, laluan naik untuk orang kelainan upaya (OKU), dan pelbagai pameran tentang aktiviti Surau Al-Ikhlas.

Jawatankuasa berharap penyertaan kali ini akan memberikan rezeki kejayaan kepada Surau Al-Ikhlas DESSO.

3 ulasan:

  1. Insyaallah surau al-Ikhlas mampu mencipta nama dan mendapat tempat dalam pertandingan berkat kerjasama padu semua pihak....

    BalasPadam
  2. Surau Al-Ikhlas lambang kehebatan SMKSO.....

    BalasPadam