Ahlan Wasahlan السلام عليكم

ASSALAMUALAIKUM ... SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG SURAU AL-IKHLAS SMK SULTAN OMAR ... SILA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI ... TERIMA KASIH ...

SALAM AIDILFITRI - BERSALAM-SALAMAN - POHON KEMAAFAN

banner

Khamis, 9 Oktober 2014

SOLAT HAJAT PERDANA


SURAU Al-Ikhlas meneruskan tradisinya menjadi tempat berkumpul ibu bapa dan pelajar beragama Islam untuk melaksanakan Solat Hajat Perdana bersempena dengan peperiksaan awam yang akan berlangsung dalam masa terdekat.



Majlis Solat Hajat Perdana dianjurkan secaa bersama antara Projek Kecemerlangan PT3, SPM dan STPM dengan dokongan kuat daripada Pengurusan Sekolah dan MAKDIS, disertai oleh ibu bapa dan penjaga bagi pelajar yang akan menduduki PT3, SPM dan STPM pada tahun ini.

Sebelum solat hajat dilaksanakan, majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah dan diikuti dengan bacaan Surah Yasin. Majlis berakhir dengan solat Isyak berjemaah.

Selesai solat hajat, Pengetua SMK Sultan Omar, Encik Wan Su bin Wan Jaffar menyampaikan ucapan. Beliau berharap agar ibu bapa dapat memberikan kerjasama kepada anak masing-masing supaya dapat mengulang kaji pelajaran dengan selesa, dan sentiasa memberikan galakan yang kuat untuk menimbulkan keyakinan diri yang tinggi di dalam jiwa anak-anak.

Sebelum majlis Solat Hajat Perdana, penyampaian Slip Peperiksaan Percubaan PT3 dan Peperiksaan Percubaan SPM diadakan di ruang legar Surau Al-Ikhlas mulai pukul 5:30 petang. Ibu bapa dari kalangan Islam dan bukan Islam datang mendapatkan keputusan peperiksaan anak atau jagaan masing-masing. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan