Ahlan Wasahlan السلام عليكم

ASSALAMUALAIKUM ... SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG SURAU AL-IKHLAS SMK SULTAN OMAR ... SILA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI ... TERIMA KASIH ...

SALAM AIDILFITRI - BERSALAM-SALAMAN - POHON KEMAAFAN

banner

Rabu, 1 Oktober 2014

SURAU IKHLAS PUN DINILAI...



BUAT kali kedua berturut-turut tahun, Surau Al-Ikhlas didatangi Panel Penilai Anugerah Surau Imarah Peringkat Kebangsaan setelah sekali lagi dipilih mewakili Terengganu bagi Kategori Sekolah Menengah. Penilaian berlangsung mulai 12:30 tengah hari.


Pasukan penilai yang diketuai oleh Encik Hairon bin Zainal Abidin, Ketua Unit Kawalan Akidah dan Pemikiran, Kementerian Pendidikan Malaysia bersama dengan Encik Abd. Rahman bin Hj. Che Soh,  Penolong Pengarah Pengurusan Syiar dan Budaya Ilmu, Kementerian Pendidikan Malaysia tiba di SMK Sultan Omar pada pukul 12:15 tengah hari, disambut oleh Pengetua, Encik Wan Su bin Wan Jaffar dan Guru-guru Penolong Kanan.

Mengiringi kehadiran kedua-dua hakim ialah Tuan Haji Zakaria bin Jusoh, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Encik Wan Muhammad Fauzi bin Wan Mahmood, Ketua Unit, Unit Pengurusan Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Ustaz Tun Mohd Salim bin Tun Ibrahim, Penolong Pengarah Pengurusan Dakwah, Sektor Pendidikan islam, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Ustaz Muhammad Rosdi bin Abdullah, Penolong Pengarah Pengurusan Institusi Pendidikan Agama, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, dan Tuan Haji Mohd Shamsudin bin Ahmad, Penyelia Kanan Pengurusan dan Pengembangan Syiar Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.

Pejabat Pendidikan Daerah Dungun pula diwakili oleh Ustaz Maliki bin Salleh dan Ustaz Hashim bin Sman, Penyelia Pendidikan Islam. Kesemua pegawai diiringi oleh pasukan kompang sekolah dan disambut oleh Jawatankuasa Pelajar di pintu masuk surau.

Majlis dimulai dengan ucapan alu-aluan daripada Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Dungun, Tuan Haji Idris bin Bidin, dan diikuti dengan pembentangan tentang keadaan, aktiviti, kemudahan dan keistimewaan yang dimiliki oleh Surau Al-Ikhlas oleh Pengetua, Encik Wan Su bin Wan Jaffar.

Pasukan penilai dan pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu serta AJK Pengurusan Surau A-Ikhlas turut menunaikan solat Zuhur berjemaah, sebelum kedua-dua panel penilai membuat semakan terhadap semua dokumen dan kemudahan yang terdapat di dalam dan di luar Surau Al-Ikhlas. 

Penilaian berakhir pada pukul 2:35 petang, dengan semua hakim dan pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Pejabat Pendidikan Daerah Dungun bergambar kenangan beramai-ramai bersama dengan AJK Pelajar di depan surau.

AJK Pengurusan Surau Al-Ikhlas berharap penyertaan kali kedua ini akan membuahkan hasil yang lebih manis berbanding dengan tahun lepas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan