Ahlan Wasahlan السلام عليكم

ASSALAMUALAIKUM ... SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG SURAU AL-IKHLAS SMK SULTAN OMAR ... SILA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI ... TERIMA KASIH ...

SALAM AIDILFITRI - BERSALAM-SALAMAN - POHON KEMAAFAN

banner

Ahad, 18 Januari 2015

SURAU AL-IKHLAS DALAM TIGA TERBAIK


SURAU Al-Ikhlas DESSO telah tersenarai dalam tiga buah surau sekolah terbaik dalam penghakiman Anugerah Surau Imarah Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2014 apabila surau ini dinilai untuk kali kedua pada hari ini.



Hakim yang terdiri daripada Puan Hajah Kamariah binti Isa, Timbalan Pengarah Pengurusan Dakwah Syiar Islam, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia, Tuan Haji Arifuddin bin Abd Hamid, Ketua Sektor, Sektor Dakwah dan Kepimpinan, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia, dan Ustaz Alhuzaee bin Sulaiman, Penolong Pengarah, Sektor Dakwah dan Kepimpinan, Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ketiga-tiganya diberikan taklimat oleh Pengetua, Encik Wan Su bin Wan Jaffar di Surau Al-Ikhlas. Sebelum itu, Tuan Haji Idris bin Bidin, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Dungun yang mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Dungun memberikan ucapan alu-aluan.

Turut hadir ialah pegawai-pegawai Pendidikan Islam dari Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Pejabat Pendidikan Daerah Dungun.

Kedudukan muktamad Surau Al-Ikhlas akan diketahui dalam majlis pengumuman dan penyampaian hadiah yang akan didadakan di Kolej Insaniah di Kedah pada 26 Januari 2015. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan