Ahlan Wasahlan السلام عليكم

ASSALAMUALAIKUM ... SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG SURAU AL-IKHLAS SMK SULTAN OMAR ... SILA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI ... TERIMA KASIH ...

SALAM AIDILFITRI - BERSALAM-SALAMAN - POHON KEMAAFAN

banner

Isnin, 26 Januari 2015

SURAU AL-IKHLAS KETIGA PERINGKAT KEBANGSAAN


TEKA-TEKI tentang kedudukan Surau Al-Ikhlas dalam Pertandingan Anugerah Surau Imarah Kategori Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2014 terjawab hari ini apabila diiystiharkan memenangi hadiah ketiga.


Perisytiharan dilakukan di Dewan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Kolej Universiti Insaniah di Mergong, Alor Setar, Kedah. Surau Al-Ikhlas tewas kepada wakil dari Selangor dan Perak.

Hadiah berupa wang tunai RM1,000.00 dan hadiah iringan lain diterima sendiri oleh Pengetua SMK Sultan Omar, Encik Wan Su bin Wan Jaafar yang diiringi oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Ruslan bin Haji Ismail dan Tuan Haji Ghazali bin Abdullah. 

Hadiah disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato' Haji Ahmad Tajuddin bin Jah, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Operasi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Turut hadir dalam majlis penyampaian hadiah itu ialah Ustazah Azlina binti Ramli, Ustazah Norhayati binti Salim, dan Encik Suhaimi bin Mohd Salleh.

Berikutan dengan kedudukan dalam tiga terbaik itu, Surau Al-Ikhlas tidak lagi dapat menyertai pertandingan ini untuk beberapa tahun selepas ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan