Ahlan Wasahlan السلام عليكم

ASSALAMUALAIKUM ... SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG SURAU AL-IKHLAS SMK SULTAN OMAR ... SILA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI ... TERIMA KASIH ...

SALAM AIDILFITRI - BERSALAM-SALAMAN - POHON KEMAAFAN

banner

Isnin, 13 Julai 2015

KHATAM AL-QURAN, PENYAMPAIAN HADIAH DAN PENYERAHAN SUMBANGAN HARI RAYA


SURAU Al-Ikhlas DESSO berkerjasama dengan Panitia Pendidikan Islam SMK Sultan Omar mengadakan Majlis Khatam al-Quran, penyampaian hadiah aktiviti pertandingan Ihya Ramadan, dan penyerahan sumbangan hari raya kepada pelajar miskin dan yatim di Surau Al-Ikhlas pagi ini.


Majlis bermula dengan acara khatam al-Quran, dengan 30 orang pelajar, termasuk pelajar Prauniversiti, ditugaskan membaca satu juzuk setiap orang. Pada waktu yang sama, pelajar-pelajar lain dan guru-guru yang hadir turut membaca al-Quran atau Surah Yasin, menjadikan surau dipenuhi dengan bacaan ayat-ayat suci. Acara diketuai oleh Tuan Haji Ghazali bin Abdullah.

Turut hadir menyertai majlis ialah Pengetua, Encik Wan Su bin Wan Jaffar, Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Ruslan bin Haji Ismail, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Wan Mohd Yusoff bin Wan Mohamad, dan Penolong Kanan Tingkatan 6, Encik Mazlan bin Mohd. Semua Ketua Bidang juga menyertai majlis tersebut.

Semasa bulan Ramadan, Panitia Pendidikan Islam mengadakan 12 aktiviti Ihya Ramadan, dengan sembilan aktiviti merupakan pertandingan. Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang diadakan selepas majlis khatam al-Quran. Kemudian, diadakan penyerahan wang zakat daripada bank tempatan kepada pelajar Tingkatan 5 yang layak, diikuti dengan penyerahan sumbangan hari raya kepada pelajar miskin dan yatim.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan